BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Pages

Sunday, 1 January 2012

1-1

“ Dasar kepala batu. Aku cakap direct macam tu pun kau boleh tak paham lagi. Sampai lebam pipi aku ni,kau buat macam tak ada apa-apa berlaku jer. Aku akan ajar kau cukup-cukup. ”
            Entah syaitan mana telah merasuk Pa’an. Tak pernah dia berkasar dengan perempuan sebelum ini. Tetapi,perempuan yang satu ini,betul-betul buat dia angin. Walaupun salahnya tak seberapa. Pa’an mengatur strategi. Kalau dulu bermain dengan lelaki,bolehlah guna penumbuk,sepak dan terajang. Kalau dengan budak Kepala Batu ini,aku akan guna cara yang paling lembut dan bersopan. Aku tak akan biarkan hidup kau aman walau satu minit pun Kepala Batu. Pa’an berazam.

            Kepala batu!! Dia cakap aku kepala batu?.. Bila masa pula aku pergi belasah muka dia? Harap muka jer handsome. Tapi senget. Memang saja jer nak bagi aku angin kan. Rasa-rasanya semua orang sudah sedia maklum yang aku tak akan cari pasal dengan orang lain,kecuali orang itu yang mulakan dulu. Aku memang tak suka ambil pusing hal orang lain. Masalah sendiri pun tak tertanggung. Malas aku nak bebankan diri dan otak aku dengan benda-benda yang tak penting.
Tiba-tiba kaki tersadung sesuatu.Hampir tersungkur Zara dibuatnya. Sempat juga dia melatah. Ha..itu la jadinya kalau otak melayang semasa berjalan. Nasib baik helmet,kalau durian yang kau sepak tadi,memang banjir lah tempat ni dengan darah kau.Zara membebel di dalam hati.Helmet..?? Zara mengangkat helmet yang disepak tadi. Helmet? Sekali lagi perkataan itu meniti dibibirnya. Barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh  budak baru itu.Rupa-rupanya,mamat yang  dia langgar semasa dikedai Uncle Cai ialah budak baru itu. Zara menggeleng kepala. Tanda tak percaya. Patutlah budak itu marah benar  dengar aku. Hmmm..nak tergelak pun ada juga apabila difikirkan balik. Sampai biru pipi dia aku kerjakan .  Hebat juga kau ni Zara. Memang patut pun kau kena macam itu Budak Baru. Padan sangatlah dengan perangai kau yang sangat bersopan santun. Siapa setuju dengan kata-kata aku,sila angkat tangan.

 Hari ke-2 di sekolah baru.
Otak ini sudah sesak dengan pelbagai niat jahat untuk mengenakan si Kepala Batu. Tunggu ye. Senyuman jahat terukir di bibir Iman Farhan. Terasa bagai dua batang tanduk tumbuh di atas kepala. Kelas masih sepi ketika Pa’an melangkah masuk. Sengaja dia datang awal ke sekolah pagi itu supaya agenda jahatnya dapat berjalan lancar.
Yes..!! Siap ..!! tak sabar nak tengok hasilnya. Pa’an monolog dalaman.  Kepala telah membayangkan reaksi si Kepala batu. Setelah beberapa minit berlalu, seorang demi seorang pelajar masuk ke kelas. Target yang ditunggu dari  tadi tidak juga muncul.
Kau tunggu apa? Dari tadi aku tengok mata kau melekat jer kat pintu tu,kenapa? Mail yang entah sejak bila sampai itu bersuara. Mungkin pelik dengan tingkah laku aku.
“Suka hati aku la,mata aku.”
Memang silap hari bulan la, tanya aku time macam ini. Sudahlah plan aku tak menjadi. Mail agak tersentap mendengar jawapanku.
“Assalamualaikum..” ujur Zara.
“Lambat lagi hari ni Zara..? Nasib baik cikgu kimia kesayangan Zara tu tak masuk lagi. Kalau tak,habis la Zara.” Teguran itu mematikan langkah Zara.
“Zara terbangun lambat hari ni.” Ujur Zara Nurain.
Mila hanya mampu tersenyum mendengar alasan lapuk Zara. Setelah itu Zara Nurain meneruskan langkah ke tempat duduknya.


“3...............2.................1..........!!!”
“1-1.”ujur Pa’an perlahan . Misi Berjaya.
 Terukir senyuman puas pada bibir Pa’an.
“Weh Mail,aku belanja kau makan rehat nanti ye.”
 Ucap Pa’an  dengan senyumannya bahagianya. Mail mengerut dahi  kehairanan dengan perubahan mood Pa’an yang drastik itu. Itu tak penting. Yang penting dapat makan free.  Hahahaha. 

Friday, 22 July 2011

           Setelah meletakkan beg sekolah diatas meja, aku melabuh punggung diatas kerusi.
             “ Wei..aku ada berita hangat.”
Semua mata tertumpu kepada Mira d’reporter  yang tiba-tiba muncul di depan muka pintu kelas 5Sains1.
            “ada budak baru akan masuk ke kelas kita hari ni. Tadi aku lalu kat depan pejabat sekolah,then aku dengar papa ada cakap dengan budak baru 2.”
            Handsome tak mira..??”  gelojoh Ani bertanya.
             “ha..ni la yang aku nak bagitau ni. Handsome weh..!! terbaik..!!”
Mira mengangkat kedua-dua ibu jarinya. Cerita si Mira telah menyebabkan semua budak kelas aku teruja kecuali aku. Cerita hangat dari si Mira tu langsung tidak aku pedulikan. Lagi pun,hal budak baru itu tidak ada kena mengena dengan hidup mati aku pun.
              “Tapi....”
Kelas yang tadi bising kembali sepi.
             “aku dengar budak tu disiplin teruk.  Sebab tu dia tukar ke sekolah kita ni. Aku tengok kt pipi dia ada kesan lebam. Mesti kes gaduh .korang tengok sendiri la nanti.”
              “ ehem..ehem..”
Seseorang berdehem dibelakang Mira.
          Mira pusing 360 darjah. Setelah mengedari gerangan yang berdehem itu Papa,Mira hanya mampu tersengih macam kerang busuk.  Kami yang menyaksikan  kejadian itu tidak dapat mengawal tawa yang akhirnya pecah juga.  Riuh rendah  kelas kami buat seketika waktu sehingga mengundang  tanda tanya buat  kelas-kelas lain. Kelas sepi semula selepas menyedari yang Papa bukan berseorangan.
              “assalamualikum semua.Ok cikgu kenalkan, ni Ahmad Farhan Ahmad Fadhil. Mulai hari ini,Farhan akan menjadi sebahagian dari kelas kita. Harap semua boleh bagi kerjasama. Farhan awak boleh ambil tempat.”
Aku terdengar Ani dan Iman berbisik-bisik memuji ketampanan budak baru  yang sudah mengambil tempat disebelah Mail itu. 

             Akhirnya,tamat juga separuh masa pertama.Eh..dah macam main bola sepak pula, ada separuh masa pertama dan kedua. Maksud aku,akhirnya sampai juga waktu rehat. Yeay..!! makan. Makan aje yang kau ingat ye Zara. Bermonolog sendiri. Aku makan untuk hidup. Tapi kalau Farah tu,hidup untuk makan. Aku tersengih sendiri.
               “Dah la kepala batu. Pastu,giler pulak. Sengih sorang-sorang.”
Aku mengangkat muka. Apasal pula budak baru ini. Tak kan nak cari pasal dengan aku kot.
               “Hei,budak baru. Dah ko kenapa..?? Ada kacau hidup ko ke..?”
               “Hei,budak lama. Memang ada pun. Kalau tak,tak ada la sampai biru pipi aku ni ko kerjakan.”
Suasana semakin panas. Menyedari situasi itu,Lily bersuara,
                “Eh..Zara,Papa kan dah pesan suruh jumpa dia kat pejabat. Jom la kita pergi.”
Farah dan Mira pula sudah menarik tangan aku supaya cepat berlalu.
Aku faham niat baik mereka. Akhirnya aku mengalah. Tetapi aku sempat menghadiahkan  satu jelingan tajam pada budak baru itu. Rasakan.
Sepanjang perjalanan ,aku tertanya-tanya kenapa budak itu tetiba nak cari pasal.Lili,Farah dan Mira juga merasa pelik.
               “Apasal Mamat tu.? ko ada kaitan dengan lebam kat pipi dia tu ke..??”
Mira d’reporter sudah buka mulut.
             “Entah,zara sendiri pun tak paham apa yang dia cakapkan tu..?
             “sudah la,abaikan je budak tu..Jom la pergi makan. Perut ni yang dari tadi macam-macam bunyi sampai dah tak ada  bunyi. Haru.” Farah mencelah.
Ketawa kami berderai. Farah kalau pasal makan memang tak boleh kompromi punya.
             “Haru-haru...Dah,jom gi makan. ”aku berkata dengan tawa yang masih bersisa.

Tuesday, 5 July 2011

Pertemuan pertama: Kalau ada jodoh,kita jumpa lagi

           “hello uncle..!!” sapa ku separuh menjerit ketika melangkah masuk ke kedai runcit uncle Cai
           “Aiyo..main terjah saja ka..?..bagi la salam dulu ma.” Balas uncle Cai.
Aku hanya tersengih hingga menampak  barisan gigi yang putih bersih dan tersusun.  Tiba-tiba sahaja buat iklan Darlie percuma kat sini. Sudah,tutup mulut tu. Uncle Cai dan keluarga sudah terbiasa dengan cara hidup orang melayu. Malahan cara percakapan pun sudah seperti orang melayu. Masa kan tidak, mereka sudah  berpuluh-puluh tahun hidup di perkampungan melayu ini.
            “Adik manis mahu cari apa?” Tanya uncle Cai dalam nada gurauan.
            “adik manis mau cari pasal.ada tak? ”
Uncle cai ketawa mendengar kata-kataku. Aku mengambil beberapa barang keperluan  rumah,lalu dibawa ke kuanter pembayaran.
             “Lu pegi mana?tadi cakap mahu datang pukul 6 tapi pukul 7 baru nampak batang hidung”
             “ tadi moto rosak la uncle.”
             “hah..dah pukul  7 ka uncle..? alamak!”
             “balik dulu uncle. Esok saya datang lagi.”
Aku kocoh-kocoh  membuat pembayaran dan mengambil barang tersebut.
Apabila aku menoleh kepala ke depan..

Dumm!!!

Aku terlanggar seorang makhluk Allah.
              “Aduss!!..sakitnya kepala.”sambil meraba-raba kepala aku .
Dan ketika itu baru aku sedar yang kepala aku dilindungi oleh topi keledar keselamatan. Nasib baik ada topi ni,kalau tak mahu bergegar otak aku . Tetapi nasib makhluk Allah yang aku langgar itu memang tak baik. Aku tumpang simpati pada dia.
             “Sorry,saudara. Tak sengaja.” Aku terus pergi mendapatkan motorsikal ku yang dipakir di depan kedai dan segera berlalu. Hendak cakap lebih-lebih memang tak sempat.  Nanti sampai rumah pasti kena berleter lagi. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini.
Aku memakirkan motor aku ditempat selalu dan aku panjangkan langkah supaya cepat dapat masuk ke rumah.

              “Awal sampai rumah?”
 kedengaran satu suara memerli dibelakangku. Satu suara yang amat aku kenali.
 Bala. Bala. Habislah kau Zara.
            
             “Kakak cepat Masuk. Mai tolong Tok ni.”

Fuh..!!Aku menarik nafas lega. Oh Tok, you’re my hero. Sayang tok ketat-ketat.
         
             “Ya,Tok.Kakak masuk la ni.”
Aku tinggalkan Pak Teh seorang diri di situ.

         Setelah membantu Tok. Aku terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan mngerjakan solat Maghrib. Seusai solat,aku pergi ke bilik sebelah. Daun pintu aku tolak. Aku melihat adik bertuah aku masih terbongkang di atas katil. Kejohanan sukan yang baru tamat petang tadi mesti memenatkan.  Hmmm, atlet pun tahu penat jugak ya. Aku ketawa sendiri. Adik dikejutkan  untuk mandi dan solat.
Selesai mengemas dapur,aku masuk ke bilik untuk membuat kerja sekolah. Tiba-tiba aku terfikir kejadian malang yang berlaku di kedai runcit uncle Cai petang tadi. Kasihan pula aku pada mamat itu. Sewajibnya sakit. Nanti bila-bila aku jumpa dia,aku akan minta maaf betul-betul. Masalahnya di sini,aku hanya sempat mengerling mamat itu sebelah mata sahaja. Manalah aku nak ingat macam mana rupa dia. Serious tak perasan. macam mana nak minta maaf kalau aku tak ingat rupa dia. Zara pasrah.
"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya..."

Tak BACA maka Tak CINTA

assalamualaikum semua...
Terciptanya blog ini..terciptalah sebuah CERITERA CINTA..sebuah kisah cinta yang telah lama terangka di dalam minda ini..Dua insan yang berlainan latar belakang,berlainan cara hidup, 
namun mereka berkongsi rasa yang sama iaitu dahagakan kasih sayang insan yang bernama ibu dan ayah. Dan akhirnya tanpa disedari mereka berkongsi rasa cinta yang sama.Namun,kedua-duanya menafikan perasaan yang kian menbenih dihati masing-masing.
Si lelaki dengan egonya..manakala si perempuan masih keliru dengan cinta baru dan cinta lama yang tak pernah terungkap. Ikuti kisah mereka yang sangat mencuit hati dan penuh liku..
tak baca maka tak cinta..heheh...