BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Pages

Tuesday, 5 July 2011

Pertemuan pertama: Kalau ada jodoh,kita jumpa lagi

           “hello uncle..!!” sapa ku separuh menjerit ketika melangkah masuk ke kedai runcit uncle Cai
           “Aiyo..main terjah saja ka..?..bagi la salam dulu ma.” Balas uncle Cai.
Aku hanya tersengih hingga menampak  barisan gigi yang putih bersih dan tersusun.  Tiba-tiba sahaja buat iklan Darlie percuma kat sini. Sudah,tutup mulut tu. Uncle Cai dan keluarga sudah terbiasa dengan cara hidup orang melayu. Malahan cara percakapan pun sudah seperti orang melayu. Masa kan tidak, mereka sudah  berpuluh-puluh tahun hidup di perkampungan melayu ini.
            “Adik manis mahu cari apa?” Tanya uncle Cai dalam nada gurauan.
            “adik manis mau cari pasal.ada tak? ”
Uncle cai ketawa mendengar kata-kataku. Aku mengambil beberapa barang keperluan  rumah,lalu dibawa ke kuanter pembayaran.
             “Lu pegi mana?tadi cakap mahu datang pukul 6 tapi pukul 7 baru nampak batang hidung”
             “ tadi moto rosak la uncle.”
             “hah..dah pukul  7 ka uncle..? alamak!”
             “balik dulu uncle. Esok saya datang lagi.”
Aku kocoh-kocoh  membuat pembayaran dan mengambil barang tersebut.
Apabila aku menoleh kepala ke depan..

Dumm!!!

Aku terlanggar seorang makhluk Allah.
              “Aduss!!..sakitnya kepala.”sambil meraba-raba kepala aku .
Dan ketika itu baru aku sedar yang kepala aku dilindungi oleh topi keledar keselamatan. Nasib baik ada topi ni,kalau tak mahu bergegar otak aku . Tetapi nasib makhluk Allah yang aku langgar itu memang tak baik. Aku tumpang simpati pada dia.
             “Sorry,saudara. Tak sengaja.” Aku terus pergi mendapatkan motorsikal ku yang dipakir di depan kedai dan segera berlalu. Hendak cakap lebih-lebih memang tak sempat.  Nanti sampai rumah pasti kena berleter lagi. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini.
Aku memakirkan motor aku ditempat selalu dan aku panjangkan langkah supaya cepat dapat masuk ke rumah.

              “Awal sampai rumah?”
 kedengaran satu suara memerli dibelakangku. Satu suara yang amat aku kenali.
 Bala. Bala. Habislah kau Zara.
            
             “Kakak cepat Masuk. Mai tolong Tok ni.”

Fuh..!!Aku menarik nafas lega. Oh Tok, you’re my hero. Sayang tok ketat-ketat.
         
             “Ya,Tok.Kakak masuk la ni.”
Aku tinggalkan Pak Teh seorang diri di situ.

         Setelah membantu Tok. Aku terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan mngerjakan solat Maghrib. Seusai solat,aku pergi ke bilik sebelah. Daun pintu aku tolak. Aku melihat adik bertuah aku masih terbongkang di atas katil. Kejohanan sukan yang baru tamat petang tadi mesti memenatkan.  Hmmm, atlet pun tahu penat jugak ya. Aku ketawa sendiri. Adik dikejutkan  untuk mandi dan solat.
Selesai mengemas dapur,aku masuk ke bilik untuk membuat kerja sekolah. Tiba-tiba aku terfikir kejadian malang yang berlaku di kedai runcit uncle Cai petang tadi. Kasihan pula aku pada mamat itu. Sewajibnya sakit. Nanti bila-bila aku jumpa dia,aku akan minta maaf betul-betul. Masalahnya di sini,aku hanya sempat mengerling mamat itu sebelah mata sahaja. Manalah aku nak ingat macam mana rupa dia. Serious tak perasan. macam mana nak minta maaf kalau aku tak ingat rupa dia. Zara pasrah.
"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya..."


                    Malang..!!!malang..!!!malang..!!!
Ahmad Farhan memhempas handphonenya ke dinding sehingga berkecai. Kenapa mama dengan papa hantar aku kat tempat macam ini. Hari pertama sahaja nasib aku sudah malang. Ini petanda buruk .Aku tak sanggup nak hidup dekat kampung macam ini. Walaupun rumah tok dan tokwan agak besar jika hendak dibandingkan dengan rumah kampung yang lain dan tersergam indah di tengah sawah padi,ada serba serbi. Tetapi aku tak biasa hidup di kampung. Seingat aku,selama 17 tahun aku bernyawa di atas muka bumi ini,ini baru kali ke-3 aku jejak kaki ke kampung. Sudahlah begitu, seorang manusia pon aku tak kenal kat sini.
Farhan berjalan ke arah cermin untuk menatap mukanya yang kian terasa sakit.
Adus..biru pipi aku,terlanggar dek perempuan kepala batu.  Tak guna punya perempuan. 
              "Muka aku yang handsome ni dah cacat disebabkan kau."  
Bukannya dia tidak pernah lebam-lebam sebegitu sebelum ini. Malah, lagi teruk daripada itu pun ada. Tidak tahu kenapa dia begitu marah hari itu walaupun dia tahu perempuan itu tidak sengaja. Mungkn disebabkan moodnya yang memang tidak baik dan kejadian itu seperti menyemarakkan lagi rasa marahnya.
Tak apa. Ada ubi ada bas,ada hari aku balas. Siap kau.Farhan tersenyum penuh makna. lalu berkata,
"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi."


0 comments: