BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Pages

Sunday, 1 January 2012

1-1

“ Dasar kepala batu. Aku cakap direct macam tu pun kau boleh tak paham lagi. Sampai lebam pipi aku ni,kau buat macam tak ada apa-apa berlaku jer. Aku akan ajar kau cukup-cukup. ”
            Entah syaitan mana telah merasuk Pa’an. Tak pernah dia berkasar dengan perempuan sebelum ini. Tetapi,perempuan yang satu ini,betul-betul buat dia angin. Walaupun salahnya tak seberapa. Pa’an mengatur strategi. Kalau dulu bermain dengan lelaki,bolehlah guna penumbuk,sepak dan terajang. Kalau dengan budak Kepala Batu ini,aku akan guna cara yang paling lembut dan bersopan. Aku tak akan biarkan hidup kau aman walau satu minit pun Kepala Batu. Pa’an berazam.

            Kepala batu!! Dia cakap aku kepala batu?.. Bila masa pula aku pergi belasah muka dia? Harap muka jer handsome. Tapi senget. Memang saja jer nak bagi aku angin kan. Rasa-rasanya semua orang sudah sedia maklum yang aku tak akan cari pasal dengan orang lain,kecuali orang itu yang mulakan dulu. Aku memang tak suka ambil pusing hal orang lain. Masalah sendiri pun tak tertanggung. Malas aku nak bebankan diri dan otak aku dengan benda-benda yang tak penting.
Tiba-tiba kaki tersadung sesuatu.Hampir tersungkur Zara dibuatnya. Sempat juga dia melatah. Ha..itu la jadinya kalau otak melayang semasa berjalan. Nasib baik helmet,kalau durian yang kau sepak tadi,memang banjir lah tempat ni dengan darah kau.Zara membebel di dalam hati.Helmet..?? Zara mengangkat helmet yang disepak tadi. Helmet? Sekali lagi perkataan itu meniti dibibirnya. Barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh  budak baru itu.Rupa-rupanya,mamat yang  dia langgar semasa dikedai Uncle Cai ialah budak baru itu. Zara menggeleng kepala. Tanda tak percaya. Patutlah budak itu marah benar  dengar aku. Hmmm..nak tergelak pun ada juga apabila difikirkan balik. Sampai biru pipi dia aku kerjakan .  Hebat juga kau ni Zara. Memang patut pun kau kena macam itu Budak Baru. Padan sangatlah dengan perangai kau yang sangat bersopan santun. Siapa setuju dengan kata-kata aku,sila angkat tangan.

 Hari ke-2 di sekolah baru.
Otak ini sudah sesak dengan pelbagai niat jahat untuk mengenakan si Kepala Batu. Tunggu ye. Senyuman jahat terukir di bibir Iman Farhan. Terasa bagai dua batang tanduk tumbuh di atas kepala. Kelas masih sepi ketika Pa’an melangkah masuk. Sengaja dia datang awal ke sekolah pagi itu supaya agenda jahatnya dapat berjalan lancar.
Yes..!! Siap ..!! tak sabar nak tengok hasilnya. Pa’an monolog dalaman.  Kepala telah membayangkan reaksi si Kepala batu. Setelah beberapa minit berlalu, seorang demi seorang pelajar masuk ke kelas. Target yang ditunggu dari  tadi tidak juga muncul.
Kau tunggu apa? Dari tadi aku tengok mata kau melekat jer kat pintu tu,kenapa? Mail yang entah sejak bila sampai itu bersuara. Mungkin pelik dengan tingkah laku aku.
“Suka hati aku la,mata aku.”
Memang silap hari bulan la, tanya aku time macam ini. Sudahlah plan aku tak menjadi. Mail agak tersentap mendengar jawapanku.
“Assalamualaikum..” ujur Zara.
“Lambat lagi hari ni Zara..? Nasib baik cikgu kimia kesayangan Zara tu tak masuk lagi. Kalau tak,habis la Zara.” Teguran itu mematikan langkah Zara.
“Zara terbangun lambat hari ni.” Ujur Zara Nurain.
Mila hanya mampu tersenyum mendengar alasan lapuk Zara. Setelah itu Zara Nurain meneruskan langkah ke tempat duduknya.


“3...............2.................1..........!!!”
“1-1.”ujur Pa’an perlahan . Misi Berjaya.
 Terukir senyuman puas pada bibir Pa’an.
“Weh Mail,aku belanja kau makan rehat nanti ye.”
 Ucap Pa’an  dengan senyumannya bahagianya. Mail mengerut dahi  kehairanan dengan perubahan mood Pa’an yang drastik itu. Itu tak penting. Yang penting dapat makan free.  Hahahaha. 

0 comments: