Setelah meletakkan beg sekolah diatas meja, aku melabuh punggung diatas kerusi.
“ Wei..aku ada berita hangat.”
Semua mata tertumpu kepada Mira d’reporter yang tiba-tiba muncul di depan muka pintu kelas 5Sains1.
“ada budak baru akan masuk ke kelas kita hari ni. Tadi aku lalu kat depan pejabat sekolah,then aku dengar papa ada cakap dengan budak baru 2.”
“Handsome tak mira..??” gelojoh Ani bertanya.
“ha..ni la yang aku nak bagitau ni. Handsome weh..!! terbaik..!!”
Mira mengangkat kedua-dua ibu jarinya. Cerita si Mira telah menyebabkan semua budak kelas aku teruja kecuali aku. Cerita hangat dari si Mira tu langsung tidak aku pedulikan. Lagi pun,hal budak baru itu tidak ada kena mengena dengan hidup mati aku pun.
“Tapi....”
Kelas yang tadi bising kembali sepi.
“aku dengar budak tu disiplin teruk. Sebab tu dia tukar ke sekolah kita ni. Aku tengok kt pipi dia ada kesan lebam. Mesti kes gaduh .korang tengok sendiri la nanti.”
“ ehem..ehem..”
Seseorang berdehem dibelakang Mira.
Mira pusing 360 darjah. Setelah mengedari gerangan yang berdehem itu Papa,Mira hanya mampu tersengih macam kerang busuk. Kami yang menyaksikan kejadian itu tidak dapat mengawal tawa yang akhirnya pecah juga. Riuh rendah kelas kami buat seketika waktu sehingga mengundang tanda tanya buat kelas-kelas lain. Kelas sepi semula selepas menyedari yang Papa bukan berseorangan.
“assalamualikum semua.Ok cikgu kenalkan, ni Ahmad Farhan Ahmad Fadhil. Mulai hari ini,Farhan akan menjadi sebahagian dari kelas kita. Harap semua boleh bagi kerjasama. Farhan awak boleh ambil tempat.”
Aku terdengar Ani dan Iman berbisik-bisik memuji ketampanan budak baru yang sudah mengambil tempat disebelah Mail itu.
Akhirnya,tamat juga separuh masa pertama.Eh..dah macam main bola sepak pula, ada separuh masa pertama dan kedua. Maksud aku,akhirnya sampai juga waktu rehat. Yeay..!! makan. Makan aje yang kau ingat ye Zara. Bermonolog sendiri. Aku makan untuk hidup. Tapi kalau Farah tu,hidup untuk makan. Aku tersengih sendiri.
“Dah la kepala batu. Pastu,giler pulak. Sengih sorang-sorang.”
Aku mengangkat muka. Apasal pula budak baru ini. Tak kan nak cari pasal dengan aku kot.
“Hei,budak baru. Dah ko kenapa..?? Ada kacau hidup ko ke..?”
“Hei,budak lama. Memang ada pun. Kalau tak,tak ada la sampai biru pipi aku ni ko kerjakan.”
Suasana semakin panas. Menyedari situasi itu,Lily bersuara,
“Eh..Zara,Papa kan dah pesan suruh jumpa dia kat pejabat. Jom la kita pergi.”
Farah dan Mira pula sudah menarik tangan aku supaya cepat berlalu.
Aku faham niat baik mereka. Akhirnya aku mengalah. Tetapi aku sempat menghadiahkan satu jelingan tajam pada budak baru itu. Rasakan.
Sepanjang perjalanan ,aku tertanya-tanya kenapa budak itu tetiba nak cari pasal.Lili,Farah dan Mira juga merasa pelik.
“Apasal Mamat tu.? ko ada kaitan dengan lebam kat pipi dia tu ke..??”
Mira d’reporter sudah buka mulut.
“Entah,zara sendiri pun tak paham apa yang dia cakapkan tu..?
“sudah la,abaikan je budak tu..Jom la pergi makan. Perut ni yang dari tadi macam-macam bunyi sampai dah tak ada bunyi. Haru.” Farah mencelah.
Ketawa kami berderai. Farah kalau pasal makan memang tak boleh kompromi punya.
“Haru-haru...Dah,jom gi makan. ”aku berkata dengan tawa yang masih bersisa.